Rabu, 19 Ogos 2009

Syukur Allah terima kasih doktor

selama ni melihat orang bertopeng muka hati tak tergerak nak ikut sama.mungkin diri ni rasa special tak tersinggah barang apa virus mendatang .lupa sejenak Allah itu maha berkehendak.
jam 9 malam anak perempuan saya yang dah demam hampir seminggu belum pulih walaupun dah berjumpa dengan 'doktor" klinik kerajaan..akhirnya kami ambil keputusan untuk ke hospital serdang.terus saja kami ke bahagian saringan dan terus dibawa ke emergency untuk ambil darah.hampir 2 jam kami menunggu keputusan darah .Alhamdulillah darah anak perempuan kami "bersih" kata doktor.Alhamdulillah, terhindar kami dari virus pembunuh yang sekarang ni bermaharajalela .Syukur Allah,terima kasih doktor atas "pertolongan" yang diberi.tentu saja saya puji kakitangan hospital serdang bilamana membandingkan layanan klinik kerajaan kurang seminggu yang lepas atas cara mereka menangani virus ini.2 kali ke klinik kerajaan seolah2 tak mahu lagi menjejakkan kaki untuk berurusan atas servis kelas bawahan yang mereka beri.tak mperlulah saya meperincikan layanan mereka kerana saya percaya kelak ramai yang bersetuju dengan tulisan saya.namun walauapapun bibir ni tak pernah lepas mengucapkan terima kasih atas layanan apapun yang diberi..syukur Allah terima kasih doktor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan